Fadhli bidas Loke tuduh PAS sukar kekalkan hubungan baik dalam kerjasama politik

September 21, 2025 · Politik

Anthony Loke Siew Fook disaran agar “membeli cermin” untuk menilai semula tindak-tanduk parti sendiri sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menempelak kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang mendakwa PAS sukar mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekutu dan bersikap dominan.

Menurut Fadhli, adalah tidak tepat untuk PAS dipersalahkan memandangkan DAP sendiri sering menonjolkan sikap menguasai dalam kerjasama politik.

“Saya kira Anthony Loke kena beli cermin besar, dan lihat sendiri wajah DAP,” sindir Fadhli dalam satu kenyataan.

Beliau mengingatkan tentang sejarah hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dulu, walaupun tidak mahu mengungkit kisah lama.

Fadhli juga membangkitkan isu laporan polis yang didakwa digerakkan oleh DAP terhadap Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini, sedangkan kedua-dua parti itu bersama-sama dalam kerajaan.

“Eh, sama-sama dalam kerajaan ni kan? Tidak ada grup WhatsApp? Tidak ada meja rundingan?” soalnya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan DAP itu jelas menunjukkan sikap dominan mereka.

Tegas Fadhli, perbezaan pandangan antara PAS dan Bersatu berhubung calon Perdana Menteri masih boleh dibincangkan secara dalaman, berbeza dengan tindakan DAP yang dilihat terlalu terbuka.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
13 jam lalu· Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
17 jam lalu· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
5 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
9 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
13 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
13 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok