Fahmi ketuai delegasi Malaysia ke WSIS+20, perkukuh ekosistem teknologi komunikasi

July 6, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di sini dari 7 hingga 11 Julai.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyertaan Malaysia dalam WSIS+20 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan bagi memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Penyertaan ini membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam peluasan capaian internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat, seiring dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Malaysia menggunakan pentas WSIS untuk memperkenalkan inisiatif utama seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju serantau dalam transformasi teknologi komunikasi.

WSIS merupakan platform anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghimpunkan pemimpin dunia bagi memanfaatkan ICT ke arah pembangunan mampan, merangkumi beberapa komponen utama termasuk Garis Tindakan WSIS iaitu, rangka kerja yang mencakupi 11 bidang tumpuan berkaitan ICT seperti infrastruktur, pembangunan kapasiti, keselamatan siber dan persekitaran sokongan.

Selain itu, Anugerah WSIS yang mula diperkenalkan pada 2012, mengiktiraf projek pembangunan teknologi berimpak tinggi, dengan sebanyak 234 pemenang dan 648 juara telah diiktiraf setakat ini.

Sepanjang WSIS+20, Fahmi turut dijadual mengadakan lebih 10 mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria, serta mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Doreen Bogdan-Martin. – Bernama

Berita berkaitan
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua
September 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok