Farhash saman Rafizi RM10 juta gara-gara dua video didakwa berunsur fitnah

22 jam lalu · Politik

Ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarakmemfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berhubung dua buah video yang dimuat naik di platform media sosial.

Tuntutan itu difailkan pada 10 Oktober lalu, dengan Farhash mendakwa kenyataan yang dibuat oleh bekas timbalan presiden PKR dalam video-video berkenaan telah mencemarkan nama baiknya sebagai seorang ahli perniagaan dan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai terhadap dirinya.

Menurut Farhash, tuduhan yang dilemparkan itu juga telah menggugat kepercayaan pelabur terhadap syarikat-syarikat yang dikaitkan dengannya.

“Pelabur, rakan industri, rakan kongsi dan kenalan saya hilang keyakinan terhadap saya. Ini menjejaskan peluang perniagaan serta pelaburan masa depan,” jelasnya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan terpaksa berulang kali menjelaskan situasi tersebut bagi membersihkan nama beliau, selain berdepan dengan perasaan malu serta maruah yang tercalar.

Video pertama yang dipertikaikan telah dimuat naik oleh Rafizi pada 25 Julai lalu, yang menyentuh mengenai dakwaan keterlibatan Farhash dalam salah laku berkaitan penerokaan mineral di Sabah.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mengesahkan Farhash bebas daripada sebarang tuduhan berkenaan.

Manakala video kedua pula dikongsikan pada 20 Ogos, di mana Rafizi mendakwa serangan jarum suntikan terhadap anaknya berlaku selepas beliau bertemu dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang didakwa melibatkan Farhash dan syarikatnya.

Farhash sebelum ini telah menuntut supaya Rafizi memohon maaf berhubung video kedua itu, namun Rafizi menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kenyataannya di mahkamah.

Farhash yang kini memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat tersenarai awam, termasuk sebagai Pengerusi Eksekutif Apex Equity Holdings Bhd, turut terlibat dalam lembaga pengarah beberapa syarikat lain dan berkhidmat sebagai penasihat kepada Yayasan Usahawan Malaysia.

Berita berkaitan
Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
2 jam lalu· Isu semasa
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
2 jam lalu· Politik
Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Timor-Leste akan dianggap rakan baharu ASEAN yang berkesan, tak dipinggir: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar
2 jam lalu · Politik
Armada bidas Saifuddin Abdullah selepas gesa Presiden Bersatu berundur
21 jam lalu · Politik
Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak
22 jam lalu · Politik
Dewan Rakyat kecoh, Wan Saiful ‘koyak’ jadi bahan sindiran MP DAP
October 27, 2025 · Politik
Kes hasutan: Papagomo dibebaskan selepas direman sehari
October 26, 2025 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok