Garis panduan Pusat Media Parlimen bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Speaker

January 22, 2026 · Isu semasa

Garis panduan baharu penggunaan Pusat Media Parlimen Malaysia diperkenalkan bukan untuk menyekat kebebasan bersuara Ahli Parlimen, sebaliknya bagi mengelakkan kemudahan itu disalahgunakan untuk kepentingan politik kepartian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menjelaskanpusat media disediakan khusus untuk urusan berkaitan rakyat dan kerajaan, dan bukannya medan menyerang pihak lain secara politik.

Menurut beliau, peraturan itu penting bagi memastikan suasana Parlimen kekal tertib dan adil kepada semua pihak.

“Tatacara permohonan yang diletakkan di pusat media adalah untuk mengawal supaya tidak berlaku penyalahgunaan. Ahli Parlimen boleh guna kemudahan di sini, tetapi mestilah untuk urusan rakyat dan kerajaan,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi contoh, pusat media tidak boleh digunakan untuk menyerang individu atau parti lain.

“Kalau ada ahli politik A, B, C nak bercakap tentang keburukan X, Y, Z di situ, itu tidak adil. Jadi memang tak dibenarkan,” katanya lagi.

Mengikut garis panduan yang dipamerkan di pusat media, mana-mana Ahli Parlimen perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya dua hari bekerja sebelum menggunakan kemudahan berkenaan.

Kelulusan bertulis pula akan dikeluarkan oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen.

Selain itu, temu bual secara ‘doorstep’ tanpa kebenaran turut tidak dibenarkan dalam kawasan pusat media.

Isu ini dibangkitkan susulan kebimbangan beberapa pihak termasuk wartawan dan Ahli Parlimen mengenai kemungkinan sekatan terhadap akses media.

Johari juga menjelaskan garis panduan tersebut hanya terpakai di dalam pusat media sahaja.

“Di luar pusat media, itu hak Ahli Parlimen. Gunakanlah. Kita cuma minta dimaklumkan supaya tidak berlaku pertembungan antara parti dan mengelakkan pergaduhan,” katanya.

Beliau menambah, pendekatan itu selari dengan usaha Parlimen memperkukuh tadbir urus dan memastikan kemudahan awam digunakan secara berhemah, tanpa menjejaskan kebebasan bersuara wakil rakyat.

Berita berkaitan
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026· Isu semasa
Notis pembubaran DUN Negeri Sembilan diserah kepada SPR hari ini
June 5, 2026· Politik
Sidang Dewan Rakyat pada Jun berjalan seperti dijadualkan
June 5, 2026· Politik
Hassan mahu berundur dari politik, tak bertanding lagi
June 5, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
14 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
14 jam lalu · Isu semasa
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok