Gempa Segamat: Tiada kerosakan harta benda, kecederaan dilaporkan

August 30, 2025 · Isu semasa

Tiada sebarang laporan kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan jiwa diterima selepas kejadian gempa bumi yang melanda daerah Segamat, Johor pada awal pagi tadi.

Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, memaklumkan pihak berkuasa keselamatan dan agensi-agensi berkaitan sedang menjalankan pemantauan menyeluruh bagi memastikan keadaan di daerah tersebut benar-benar selamat untuk orang awam.

“Orang awam diminta untuk bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Oang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan perkembangan terkini melalui sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ezzuddin turut menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.7 itu berlaku kira-kira pukul 7.29 pagi dengan pusat gempa kira-kira dua kilometer barat laut Segamat pada kedalaman 10 kilometer. Gegaran tersebut dapat dirasai oleh penduduk di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.

Ini merupakan kejadian gempa bumi keenam yang melanda Segamat sejak minggu lalu, termasuk satu kejadian pada pukul 4.24 pagi semalam dengan magnitud 3.4.

Berita berkaitan
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama
August 28, 2026· Isu semasa
Gempa 3.4 magnitud gegar Temenggor
August 28, 2026· Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
August 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
5 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
7 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
7 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok