Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan

September 4, 2026 · Politik

PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain menjadikan Pahang, Perak dan Selangor sebagai sasaran baharu untuk memperluas pengaruh parti itu.

Presiden PAS, Hadi Awang berkata Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dikelompokkan sebagai SG4 pula perlu kekal sebagai ‘negeri pangkalan’ parti.

“Setiap kerusi DUN dan Parlimen yang telah dimenangi pada PRU-15 wajib dipertahankan, manakala Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai ‘negeri pangkalan’ mesti terus dikekalkan penguasaannya.

“Selain itu, pentadbirannya perlu diperkukuh serta agenda Islam dilaksanakan mengikut bidang kuasa negeri,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, hari ini.

Hadi berkata pencapaian kerajaan negeri pimpinan PAS perlu disampaikan kepada rakyat dan pengundi melalui mesej yang jelas serta pantas bagi memastikan sokongan terhadap parti terus kukuh.

Beliau turut menyifatkan kejayaan PAS melahirkan ‘anak sulung’ di Sabah sebagai perkembangan positif, selain peningkatan jumlah kerusi dan pengaruh parti di Negeri Sembilan.

“Keutamaan PAS ialah mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Pahang, Perak dan Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang berpotensi menyumbang kepada kemenangan PAS dalam pilihan raya akan datang.

“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen, di samping melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya.

Hadi turut menggesa seluruh jentera PAS mengamalkan pendekatan politik berhikmah dalam usaha menghadapi PRU-16, termasuk menyatukan masyarakat Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Menurutnya, agenda perpaduan umat perlu bergerak seiring dengan jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam serta penghormatan terhadap kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan.

“PAS berpegang pada Islam dan tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam mana-mana perjanjian. PAS berjanji dengan hukum Islam dan membatalkan janji juga dengan hukum Islam.

“Pada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam,” katanya.

Pada PRU-15, PAS berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melalui kerjasama politik bersama Perikatan Nasional (PN), selain memenangi sejumlah kerusi Parlimen dan DUN di beberapa negeri lain.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Anwar bentang Belanjawan 2027 petang ini, kos sara hidup jadi fokus
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok