Hakim tarik diri, rayuan Bersatu isytihar kekosongan 4 kerusi Parlimen ditangguh: Laporan

December 8, 2025 · Politik

Mahkamah Persekutuan menangguhkan permohonan Parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung keputusan Speaker Dewan Rakyat yang menolak pengisytiharan kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah, selepas seorang hakim menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Ketika prosiding bermula, Pengerusi Panel Hakim, Abu Bakar Rais, memaklumkan telah lama mengenali peguam Bersatu, Azhar Harun, dan meminta semua pihak menyatakan pendirian masing-masing sama ada mempunyai bantahan sekiranya beliau terus mengetuai panel.

Bagaimanapun, selepas rehat singkat, peguam yang mewakili empat Ahli Parlimen terbabit, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan anak guamnya berasa tidak selesa dengan kehadiran Abu Bakar dalam panel.

Susulan itu, Abu Bakar kemudian menarik diri dan menetapkan esok sebagai tarikh pengurusan kes bagi menentukan tarikh pendengaran baharu.

Rayuan itu turut didengar oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi serta Hakim Nallini Pathmanathan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos memutuskan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, melalui surat bertarikh 16 Januari 2023 adalah kebal daripada semakan kehakiman.

Mahkamah menegaskan Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan menghalang mahkamah daripada mencampuri urusan prosiding Parlimen.

Dalam penghakiman sebelum ini, Mahkamah Tinggi turut menegaskan keputusan Speaker berhubung kewujudan kekosongan luar jangka tidak boleh dicabar di mahkamah.

Johari dalam suratnya menyatakan sokongan empat Ahli Parlimen terbabit terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mewujudkan kekosongan luar jangka.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Dalam saman yang difailkan, Bersatu mendakwa keputusan Speaker itu “tercemar dengan unsur tidak sah”.

Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee sebelum ini berkata, “parti telah mengeluarkan surat pemecatan kepada mereka kerana duduk bersama blok kerajaan.”

Bersatu memfailkan lima persoalan undang-undang bagi mendapatkan kebenaran untuk rayuan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
23 jam lalu· Isu semasa
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Kes solar Rosmah: Mahkamah Rayuan tangguh keterangan tambahan saksi
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
September 22, 2026 · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
3 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
3 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
3 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok