Hamzah lebih wajar undur, Tun Faisal bidas kumpulan ‘GSD’ serang Presiden Bersatu

February 3, 2026 · Politik

Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berpandangan Timbalan Presiden parti itu, Hamzah Zainudin, lebih wajar melepaskan jawatan berbanding cadangan supaya Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden.

Menurut beliau, gesaan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin terhadap Muhyiddin tidak tepat memandangkan terdapat kelemahan kepimpinan lain yang perlu dinilai terlebih dahulu.

Tun Faisal mendakwa Hamzah sebelum ini gagal melaksanakan tanggungjawab termasuk ketika menggalas peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah serta gagal mengawal tindakan penyokong tegarnya atau digelar sebagai ‘GSD’ yang didakwa melanggar perlembagaan dan disiplin parti sejak tahun lalu.

“Lebih baik beliau minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden atas kegagalan melaksanakan tugas sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal turut berkata Yunus juga boleh menilai peranannya sendiri sebagai Setiausaha Negeri Badan Pimpinan Negeri Sabah, yang menurutnya sebahagian daripada kelemahan perancangan pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau menambah, sebagai ahli MPT, Yunus sepatutnya memahami kuasa eksekutif Presiden parti dalam menjalankan rundingan politik termasuk perbincangan bersama kepimpinan PAS.

“Status perbincangan itu adalah rundingan dan cadangan, bukan keputusan muktamad,” jelasnya.

Terdahulu, Yunus menggesa Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden dan mencadangkan Hamzah sebagai pemangku.

Beliau mendakwa beberapa perkara yang dibincangkan bersama pemimpin PAS tidak pernah dibawa atau dipersetujui dalam mesyuarat rasmi MPT, selain menafikan wujud cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Yunus turut mendakwa tindakan unilateral boleh menimbulkan kekeliruan politik dan menjejaskan kepercayaan dalaman parti.

Yunus dalam kenyataannya menyifatkan Hamzah sebagai calon sesuai memimpin parti kerana pengalaman dan keupayaan politiknya dalam mengurus konflik dalaman serta hubungan dalam PN.

Berita berkaitan
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Tun Faisal sindir Hamzah: Masuk rumah orang jangan lupa diri nak halau tuan asal
April 12, 2026· Politik
Hamzah tak jadi tubuh parti baharu pula, sertai parti sedia ada
April 11, 2026· Politik
Murid belajar bawah khemah di Beluran, PM arah tindakan segera
April 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
14 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
15 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok