Kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Anwar yang mengatakan terdapat segelintir pihak obses kepada Najib Razak yang sedang berdepan hukuman penjara.
Hanya mempertahankan hak Najib Razak dan bukan obses, kata Muhammad Akmal Saleh bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Anwar yang mengatakan terdapat segelintir pihak obses kepada Najib Razak yang sedang berdepan hukuman penjara.
“Tetapi apabila Datuk Seri Najib diberikan hak tahanan rumah oleh Tuanku Agong, maka harus kita semua akur.
“Sama juga seperti penyokong Dato Seri (Anwar) dahulu, yang merasakan Dato Seri perlu diberikan hak pengadilan yang adil, begitu juga kami pada Dato Seri Najib.
Menegaskan perkara itu, Akmal berkata, pihaknya tidak turun melakukan demonstrasi untuk mempertikaikan keputusan mahkamah seperti yang pernah dilakukan oleh para penyokong Anwar satu masa dahulu.
Sebaliknya, Akmal berkata mereka hanya mahu hak Najib diberikan sahaja.
“Tiada helah yang lain, selain dari hak Dato Seri Najib perlu diberikan,” jelasnya.
Katanya, sebagaimana Anwar mempunyai jasa pada negara, begitu juga dengan jasa Najib yang tidak boleh dinafikan.
“Maka jangan takut, jangan bimbang ya PMX,” katanya.
Terdahulu, Anwar dalam wawancara Al-Jazeera mempersoalkan “ketaasuban” sesetengah pihak terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib yang kini dipenjara dan masih terkait dalam banyak kes rasuah yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri