Hilman dipanggil ke Bukit Aman berhubung ucapan di depan Dang Wangi

August 8, 2025 · Politik

Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham, dijangka akan memberikan keterangan di Bukit Aman pada Isnin ini berkenaan dengan ucapannya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 29 Julai lalu.

Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap Hilman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menyatakan Hilman diminta hadir pada jam 11.00 pagi, Isnin, 11 Ogos 2025, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi proses siasatan tersebut.

Armada menganggap tindakan ini sebagai satu bentuk tekanan dan intimidasi politik berikutan penganjuran Himpunan Turun Anwar baru-baru ini.

Harris menegaskan bbersatudan seluruh kepimpinan Amada akan terus menyokong Hilman Idham serta berharap agar proses siasatan berjalan dengan adil mengikut peruntukan undang-undang.

Berita berkaitan
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
3 jam lalu· Politik
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
2 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
2 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
10 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
10 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok