Isu air dan elektrik: GRS bidas Bung Moktar gagal semasa jadi Menteri Kerja Raya Sabah

November 19, 2025 · Politik

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali menyifatkan Bung Moktar Radin sebagai menteri yang paling gagal, hingga menyebabkan kerajaan negeri ‘kehilangan’ dua tahun pertama pentadbiran.

Menurut Armizan, kegagalan Bung Moktar semasa memegang portfolio Kerja Raya dari 2021 hingga 2022 dalam menangani isu bekalan air dan elektrik menjadi punca kepada masalah yang berlanjutan.

“Sebenarnya kerajaan GRS kehilangan dua tahun pertama dalam fasa pentadbiran kerana terpaksa menerima Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya yang paling gagal,” kata Armizan dalam satu kenyataan.

“Takdir Tuhan menentukan Bung sebagai ‘Menteri Gagal’ keluar dari kerajaan negeri, membolehkan banyak projek penstabilan bekalan air dan elektrik mula berjalan di Sabah,” tambahnya lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan Bung Moktar yang menggelar GRS sebagai kerajaan paling gagal dalam mengurus rakyat dan ekonomi Sabah.

Armizan mendakwa, sewaktu pentadbiran Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah itu, tiada projek utama penstabilan bekalan air dilaksanakan.

Sebaliknya, projek-projek kritikal hanya bermula selepas beliau digantikan.

“Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 Tawau hanya dilaksana selepas Bung Moktar tidak lagi memegang jawatan itu,” jelas Armizan.

Armizan memberitahu projek serupa di Papar, Projek Naik Taraf LRA Kogopon, juga hanya dimulakan pada Ogos 2023.

“Kedua-dua projek ini sudah ada dalam perancangan dan sebagai Menteri Kerja Raya, jangan tuding jari kegagalan kepada pihak lain.

“Realitinya beliau adalah menteri gagal kerana pengganti beliau berupaya menggerakkan projek berkenaan,” katanya.

Isu bekalan elektrik juga tidak terlepas daripada kritikan Armizan, yang mendakwa banyak projek penstabilan bekalan, seperti Projek Rangkaian Grid ke Pantai Timur Southern Link Fasa I, hanya bermula selepas Bung Moktar dan UMNO tidak lagi dalam pentadbiran negeri.

Armizan mendakwa walaupun elektrik bukan di bawah kementeriannya, Bung Moktar didakwa sering menunjukkan kuasanya dengan melantik dua Ketua UMNO Bahagian ke lembaga pengarah SESB.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok