Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan menyeru agar tindakan undang-undang segera diambil terhadap pihak yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah klinik pergigian di Pontian semalam.
Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tujuan tindakan tegas adalah untuk mengelakkan insiden yang sama daripada berulang di tempat lain, ia ekoran terdapat beberapa laporan bendera Jalur Gemilang dipasang terbalik sudah berlaku.
“Kalau dibiarkan tanpa tindakan, ia boleh berjangkit ke tempat lain dan menimbulkan keresahan masyarakat. Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) sudah menutup premis itu bagi tempoh selama 30 hari.
“Namun proses seterusnya perlu disegerakan termasuk mendakwa pihak yang terlibat,” katanya dipetiok laporan media hari ini.
Beliau menyatakan bahawa langkah membawa perkara ini ke muka pengadilan adalah penting untuk memberi peringatan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan menghormati simbol kedaulatan negara.
Insiden yang tular di media sosial semalam menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara songsang di tingkap sebuah bangunan, bersebelahan dengan bendera negeri Johor.
Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang awam.
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.
Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pekerja klinik dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina simbol kebangsaan.
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri