Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan siasatan berhubung penyebaran dakwaan palsu mengenai pembekalan diesel ke Filipina apabila seorang lagi individu dipanggil memberi keterangan hari ini.
Individu tersebut hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya bersama peguamnya untuk dirakam percakapan.
Pada masa sama, pihak berkuasa turut menyita sebuah telefon bimbit dan kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan.
Menurut MCMC, tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi membantu siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“MCMC memandang serius penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat tidak benar yang boleh mengelirukan orang ramai,” menurut kenyataan agensi itu.
Isu dakwaan eksport diesel ke Filipina mula tular di media sosial sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta perdebatan berkaitan pengurusan subsidi bahan api negara.
Pihak berkuasa sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan penyebaran maklumat tidak sahih boleh menjejaskan kestabilan serta keyakinan awam.
Sehubungan itu, MCMC memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.
“Penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan ketenteraman awam tidak terjejas,” katanya.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di platform digital bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya