Isu pelekat tulisan Hebrew, Polis Melaka rakam keterangan pesara pemilik kenderaan

October 9, 2025 · Isu semasa

Seorang pesara kerajaan berusia 59 tahun mengakui beliau yang memesan pelekat bertulisan Hebrew yang tular di media sosial sejak 13 tahun lalu, berikutan minat peribadinya terhadap tulisan-tulisan asing.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan mendapati lelaki itu telah menempah pelekat berkenaan di sebuah kedai di Selangor lebih sedekad yang lalu.

“Dia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘Israel Rumahku’.

“Kemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan ‘Israel’ kepada ‘Malaysia’, menjadi ‘Malizia Beiteinu’ yang bermaksud ‘Malaysia Rumahku’,” jelas Datuk Dzulkhairi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.

Beliau berkata kenyataan pesara itu telah direkodkan, siasatan masih aktif bagi memastikan tiada unsur lain yang mencurigakan. Pandangan pakar bahasa juga akan diperoleh bagi tujuan tersebut.

“Pesara ini telah membuat laporan polis selepas kenderaannya tular dan disedari oleh adiknya yang sering menggunakan kenderaan berkenaan,” ujarnya.

Ketua Polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi atau ulasan melampau di media sosial berhubung isu ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isu tersebut mendapat perhatian apabila sebuah video menunjukkan kenderaan pacuan empat roda dipasang pelekat Hebrew yang didakwa membawa maksud sensitif, menjadi tular pada Selasa lalu.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, di Balai Polis Merlimau atas kebimbangan ia boleh menimbulkan provokasi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
3 jam lalu· Politik
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
September 11, 2026· Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
September 7, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu keputusan kerjasama dipercepat
September 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
16 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
16 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok