Isu sajian arak: Khairy sindir Menteri Pelancongan, Biro Agama PKR tuntut minta maaf

October 5, 2025 · Politik

Bekas Menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau secara sinis menyindir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berhubung penafiannya tiada minuman alkohol dihidangkan dalam satu majlis rasmi kerajaan.

Khairy dalam hantaran Instagramnya menuduh penafian King Sing itu sebagai satu pembohongan dengan menulis, “Liar, liar, pants on fire.”

Beliau kemudian menyindir kedudukan King Sing sebagai menteri dengan peribahasa, “Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama tak jadi menteri.”

Kenyataan Khairy itu menyusul selepas King Sing menafikan dakwaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin yang menuduh minuman beralkokol dihidangkan dalam majlis makan malam Gala ‘Global Travel Meet 2025’ yang dianjurkan Tourism Malaysia, agensi di bawah kementeriannya.

Sebaliknya, King Sing menjelaskan majlis itu merupakan inisiatif pihak industri.

Sementara itu, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR turut membangkitkan isu tersebut.

Pengerusinya, Amidi Abdul Manan, menyatakan kekecewaan mereka dan menuntut King Sing bertanggungjawab serta memberikan penjelasan.

“Hidangan arak dalam majlis rasmi boleh mencemarkan imej kerajaan yang mahu kesejahteraan untuk rakyatnya,” katanya.

“Dalam pelbagai pesona yang menggamit kehadiran pelancong, salah satu yang menghadirkan pujian ialah ketenangan kehidupan malam yang tidak dicemari oleh pemabuk-pemabuk yang berkeliaran,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Amidi mendesak permohonan maaf daripada King Sing secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

“BiPPA menuntut King Sing membuat penjelasan dan permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia.”

Sehingga kini, kementerian berkenaan belum memberi sebarang maklum balas rasmi terhadap kenyataan-kenyataan tersebut.

Berita berkaitan
KJ cadang UMNO akui kegagalan tadbir urus TH jika mahu buat perubahan
August 5, 2026· Isu semasa
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
July 20, 2026· Politik
KJ tidak dipilih calon PRN Negeri Sembilan, Tok Mat kekal pertahan DUN Rantau
July 15, 2026· Politik
KJ ibarat ‘ular salin kulit’, pendirian boleh selalu berubah-ubah: AMK
July 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
2 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
3 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
3 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
3 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok