Isu tarif AS tidak sekat suara Malaysia kutuk kekejaman di Palestin: Anwar

July 22, 2025 · Isu semasa

Pendirian teguh Malaysia dalam isu keganasan di Palestin tidak akan terhenti walaupun pihak Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import 25 peratus ke atas produk negara, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata adalah tidak adil jika ia berkaitan dengan kritikan terbuka Malaysia terhadap genosid di Gaza, namun Malaysia akan terus mengadakan rundingan dengan AS berkenaan isu tersebut.

“Kita masih mempunyai masa sehingga Ogos untuk rundingan. Saya tidak mahu membuat spekulasi awal, tetapi dalam perbincangan terakhir, belum ada keputusan muktamad,” jelas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menekankan bahawa Malaysia tidak akan mengubah pendiriannya untuk terus membantah keganasan Israel di Gaza dan bebas menyuarakan pandangan di pentas antarabangsa.

“Daripada segi Malaysia tentu saya terbuka nasihat ahli-ahli Parlimen, apa lagi yang kita perlu lakukan adalah daripada segi kelantangan suara dan bantuan hampir semua (platform) kita sudah suarakan.

“Jadi kita perluaskan tapi tuntutan ini masih belum memberi kesan yang diharapkan, pembunuhan, keganasan masih diteruskan yang kita perlu lakukan kita sudah lakukan.

“Irael satu-satunya negara pengganas di dunia ini yang nampak melakukan jenayah genosid dan keganasan tanpa disekat kerana didokong AS,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelas beliau, Malaysia akan meneruskan bantuan kemanusiaan apabila tiada lagi sekatan daripada Israel di sempadan-sempadan memasuki Gaza.

“Ada kumpulan pertama yang bolos masuk, yang kedua masih terhalang. Sekarang ini dari segi bantuan boleh diteruskan tapi lori masih tersangkut, ada beratus yang rosak.

“Inilah satu negara (Israel) yang kurang siuman ganasnya sampai tidak peduli kanak-kanak mati kelaparan, hilang nilai kemanusiaan… Percayalah sebaik laluan diizinkan kita akan tambah bantuan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu· Isu semasa
RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok