Muhammad Sanusi Md Nor.
Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau menyerang Mursyidul Am parti itu, Hashim Jasin, sebaliknya menegaskan kenyataannya dalam satu program dalaman parti telah disalah tafsir dan dimanipulasi.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, teguran yang dibuat ketika program Liqa’ ul-Fikri Pemuda PAS Perlis pada 26 Januari lalu adalah bersifat umum kepada semua ahli termasuk dirinya sendiri, sebagai sebahagian proses muhasabah dan tarbiah parti.
Menurutnya, ucapan tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana individu atau kepimpinan tertinggi parti.
“Saya kesal apabila teguran yang dibuat secara umum, termasuk kepada diri saya sendiri, disalah tafsir. Video yang tular hanyalah rakaman yang disunting dan diambil sebahagian sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, orang ramai perlu mendengar keseluruhan ucapan bagi memahami maksud sebenar.
“Kalau ada yang tak betul, perlu diperbetulkan. Kalau salah, perlu diberitahu apa dan di mana salahnya,” katanya.
Video tular itu memaparkan kenyataan Sanusi mengenai ahli yang didakwa melakukan tindakan merugikan parti.
Namun, Sanusi menegaskan rakaman tersebut tidak menggambarkan keseluruhan konteks perbincangan yang berlangsung dalam program tertutup khusus untuk ahli PAS.
Sanusi turut menjelaskan antara fokus perbincangan ialah pindaan Perlembagaan PAS 2025, khususnya Fasal 15A berkaitan status keahlian wakil rakyat, susulan isu melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS di Perlis.
Beliau juga menolak dakwaan kononnya hubungannya dengan kepimpinan tertinggi parti terjejas.
“Tak ada serangan kepada sesiapa. Dakwaan saya menyerang Mursyidul Am adalah tidak benar dan ada agenda tertentu,” katanya.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi