Isu vendor sistem, Fuziah nafi dakwaan Rafizi tak dibincangkan

May 20, 2025 · Politik

Dakwaan Rafizi Ramli berhubung pelantikan vendor untuk sistem pengundian PKR dinafikan Dr Fuziah Salleh.

Setiausaha Agung PKR berkata isu vendor sistem pengundian tidak pun dipersoalkan Rafizi semasa dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan pusat PKR yang turut dihadirinya.

“Isu vendor tidak pernah dibangkitkan dan beliau (Rafizi) juga tidak pernah mempersoalkan siapa vendor itu atau apa yang mereka lakukan,” katanya dipetik portal FMT.

Rafizi semalam mendakwa vendor yang menguruskan sistem pemilihan PKR dilantik secara rahsia pada Disember lalu tanpa sebarang perbincangan pada peringkat biro politik parti.

Bagaimanapun, Fuziah menjelaskan parti memutuskan untuk tidak lagi menggunakan vendor terdahulu yang berpangkalan di luar negara kerana menghadapi masalah komunikasi dan cabaran logistik lain.

Sebaliknya, parti memilih untuk menaik taraf dan menambah baik aplikasi sedia ada, ADIL, kerana membangunkan aplikasi baharu mengambil masa terlalu lama.

Beliau berkata, penambahbaikan aplikasi itu termasuk ciri keselamatan baharu seperti integrasi teknologi blockchain dan pengecaman wajah untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Katanya, penambahbaikan itu sudah dibincangkan dan vendor baharu dilantik itu bagi menjalankan kerja penambahbaikan sistem serta mengurus pemindahan data daripada penyedia terdahulu.

Fuziah berkata, keputusan menggunakan sistem e-voting dibuat pada 30 November dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan pandangan mengenai pelantikan juruaudit yang membawa kepada beberapa pusingan perbincangan sebelum mencapai kata sepakat, tiada pertikaian seumpama itu berlaku berhubung pelantikan vendor.

Beliau berkata, biro politik parti sudah bersetuju untuk tidak meneruskan perkhidmatan vendor lama kerana mereka berpangkalan di luar negara.

Berita berkaitan
Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil
23 jam lalu· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
June 25, 2026· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
3 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
6 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
6 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
6 jam lalu · Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok