Nurul Izzah Anwar.
Cabang PKR Batu mencadangkan Timbalan Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekiranya ketua cabang tidak dipilih untuk bertanding.
Cadangan itu diluluskan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu yang berlangsung semalam.
Ketua cabangnya, Asheeq Ali Sethi Alivi, berkata usul berkenaan mencerminkan konsensus akar umbi yang mahu kesinambungan tradisi parti di kawasan itu.
“Sejak 2008 hingga 2022, kerusi ini lazimnya ditandingi oleh ketua cabang. Ahli-ahli mencadangkan supaya amalan ini diteruskan dengan memberi keutamaan kepada ketua cabang,” katanya.
Namun, beliau menambah, sekiranya kepimpinan pusat mempunyai perancangan lain, nama Nurul Izzah dikemukakan sebagai pilihan alternatif.
Menurut Asheeq, sokongan terhadap Nurul Izzah juga didorong keinginan ahli untuk melihat calon yang berpegang kepada semangat reformasi serta memiliki imej bersih.
“Ahli di peringkat cabang hanya akan menyokong calon yang bebas daripada persepsi rasuah dan selari dengan prinsip perjuangan parti,” ujarnya.
Kerusi Parlimen Batu kini disandang oleh P Prabakaran, yang memenanginya pada PRU-14 sebagai calon bebas sebelum mendapat sokongan PKR.
Pada PRU-15, beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 22,241 undi dalam pertandingan 10 penjuru.
Namun, dalam pemilihan parti tahun lalu, Prabakaran tewas kepada Asheeq bagi jawatan ketua cabang.
Mengulas latar belakang kawasan itu, Asheeq menegaskan Parlimen Batu mempunyai sejarah panjang dalam gerakan reformasi negara.
Kawasan berkenaan sebelum ini merupakan kubu kuat Parti Rakyat Malaysia dan pernah menyaksikan tokoh seperti Syed Hussin Ali bertanding di situ.
“Faktor sejarah ini menjadikan Batu memerlukan calon yang progresif dan tidak terpalit isu integriti,” katanya lagi.
Pada PRU-15, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh kepada calon Perikatan Nasional.
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan