Jakim ambil tindakan susulan isu peserta transgender warga Malaysia di Bangkok

September 1, 2026 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang didakwa mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand, selepas penyertaannya tular di media sosial.

Ketua Pengarah Jakim, Sirajuddin Suhaimee berkata, tindakan itu akan diambil dengan kerjasama pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan mengikut undang-undang serta peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“Jakim ingin menegaskan penglibatan itu amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.

“Perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain bercanggah dengan perundangan negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Sirajuddin, Jakim memandang serius perkara itu susulan penyertaan individu berkenaan menggunakan nama Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Sebelum ini, beberapa rakaman dan gambar peserta dipercayai transgender wanita yang membawa nama Malaysia dalam pertandingan berkenaan tular di media sosial.

Perkara itu turut mencetuskan kekeliruan apabila terdapat dakwaan pertandingan tersebut berlangsung di Pulau Pinang.

Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman bagaimanapun menjelaskan lokasi pertandingan itu bukan di negeri berkenaan, sebaliknya diadakan di Bangkok.

Beliau berkata semakan mendapati penganjur pertandingan turut menyenaraikan seorang peserta yang membawa nama Malaysia.

Isu itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan yang sebelum ini mengecam penyertaan individu berkenaan.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia, malah bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan masyarakat.

Jakim kini akan mengambil langkah susulan bagi mendapatkan penjelasan daripada individu terbabit sebelum tindakan lanjut diputuskan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang berkaitan.

Berita berkaitan
Isu New Age Movement: JAKIM ambil tindakan, beri panduan
September 27, 2026· Isu semasa
Syabu dadah utama diseludup dari Thailand: Bukit Aman
September 11, 2026· Isu semasa
Kerajaan tolak tayangan drama ‘Madu atau Racun’, bercanggah ajaran Islam
September 2, 2026· Isu semasa
Miss Equality World 2026 bukan diadakan di Pulau Pinang: Mufti
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok