Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari

September 4, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 647 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup sementara selama lima hari mulai Isnin ini susulan keadaan jerebu yang menyebabkan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dari 7 hingga 11 September itu membabitkan 563 sekolah rendah dengan seramai 108,477 murid serta 84 sekolah menengah melibatkan 90,082 pelajar.

Menurut JPN Sarawak, keputusan itu dibuat hasil pemantauan berterusan terhadap bacaan IPU sepanjang cuti persekolahan selain mengambil kira laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Sekolah terlibat berada di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

“Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah yang terjejas jerebu,” menurut kenyataan itu.

JPN Sarawak turut memaklumkan sebarang perubahan atau perkembangan terkini berkaitan penutupan sekolah akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Pihak sekolah juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid serta guru sepanjang tempoh jerebu.

“Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak turut dinasihatkan memantau perkembangan IPU di kawasan masing-masing menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS),” katanya.

Penutupan sekolah itu berlaku ketika Sarawak berdepan episod jerebu yang semakin membimbangkan, khususnya di kawasan Serian yang mencatatkan tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Serian susulan keadaan jerebu yang semakin serius.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Langkah penutupan sementara sekolah dilihat sebagai antara tindakan pencegahan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga pendidik kepada pencemaran udara ketika keadaan jerebu masih dipantau.

Berita berkaitan
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
14 jam lalu· Isu semasa
Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa
October 9, 2026· Isu semasa
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
7 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
7 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok