Jamal Yunos mempertahankan kerajaan dipimpin Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Jamal Md Yunos memuji pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menggesa supaya mengekalkannya sehingga habis penggal.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, itu berkata kerajaan sekarang sudah stabil dan sekiranya terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan ia hanya menyebabkan keadaan menjadi tidak tentu hala seperti keadaan sebelum ini dimana bertukar tiga perdana menteri.
“Sejak Barisan Nasional (BN) jatuh 2018, pentadbiran negara acapkali bertukar tangan, bermula Tun Dr Mahathir Mohmmad, kemudian Muhyiddin Yassin dan akhirnya Ismail Sabri Yaakob.
“Lihatlah keadaan negara ketika itu, tidak tentu hala, ditambah pula Covid-19 melanda seluruh dunia, rakyat susah, sedangkan ahli-ahli politik yang berebut kuasa dan jawatan tidak terkesan pun, malah bertambah kaya anak-beranak,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.
Jamal berkata lantikan Anwar sebagai perdana menteri adalah ketentuan yang sudah ditetapkan dan sekiranya kerajaan dijatuhkan rakyat yang akan menderita.
“Akhirnya pada Pilihan Raya Umum lepas, Allah telahpun menggerakkan hati rakyat Malaysia untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan gabungan pelbagai parti.
“Percayalah, jika tumbangnya kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat akan tambah derita,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di kediamannya di sini, hari ini.
Jamal juga menasihatkan semua pihak supaya tidak ‘mensabotaj’ kestabilan Kerajaan Perpaduan kerana ia hanya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan domestik dan antarabangsa sedia ada.
“Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya berilah peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin rakyat dan negara menuju ke mercu kejayaan.
“Beliau telah menerajui negara kita selama dua tahun, berilah peluang kepada beliau untuk memimpin sehingga penghujung penggal ataupun terus ke Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum