Jurubahasa isyarat RTM meninggal dunia, Fahmi zahir ucapan takziah

April 10, 2026 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Fadhil Tan Razman Tan, yang meninggal dunia hari ini selepas hampir sebulan bertarung nyawa.

Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Abby Tan dalam kalangan rakan sekerja dan penonton, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya di Ipoh, Perak.

“Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” kata Fahmi menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan Allahyarham di RTM, khususnya warga Bahagian Berita Ehwal Semasa, serta mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar roh Abby Tan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menurut laporan sebelum ini, kemalangan berlaku antara jam 9 hingga 10 malam di kawasan Simpang Pulai, Perak.

Abby Tan yang menunggang motosikal dipercayai menjadi mangsa langgar lari melibatkan sebuah lori.

Susulan kejadian itu, beliau dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Abby Tan dikenali sebagai antara wajah penting dalam penyampaian berita RTM melalui bahasa isyarat, sekali gus memainkan peranan besar dalam memastikan golongan kurang upaya pendengaran mendapat akses kepada maklumat semasa.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada RTM, tetapi juga kepada komuniti pekak dan bisu di negara ini yang selama ini bergantung kepada khidmatnya untuk memahami perkembangan berita harian.

Berita berkaitan
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
21 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
Tabung Kasih@HAWANA bantu wartawan di Labuan dapat kaki palsu baharu
October 7, 2026· Isu semasa
MCMC mahu platform e-dagang tingkat pengesahan penjual
October 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok