Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama

October 9, 2026 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang didakwanya menggunakan sentimen kaum dan agama dalam politik sehingga boleh mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat.

Adly berkata, isu berkaitan Islam, institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu tidak sepatutnya dijadikan modal politik untuk meraih sokongan, sebaliknya perlu diperjuangkan berasaskan kepentingan rakyat.

“Setakat nak sebut, siapa sentuh Raja-Raja Melayu, siapa sentuh orang Melayu, siapa sentuh agama Islam, saya pun boleh cakap macam itu. Tetapi itu bukan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Skandal Tabung Haji: Siapa Khianat Orang Melayu Islam di Bilik Gerakan Utama PH, Bukit Baru, di sini malam tadi.

Adly yang juga Naib Presiden Parti Amanah berkata, golongan muda perlu menilai sesuatu isu secara matang dan tidak mudah terpengaruh dengan politik berasaskan sentimen perkauman atau agama.

Beliau turut mempersoalkan pendekatan politik yang menurutnya lebih mengutamakan kemenangan parti berbanding kepentingan rakyat.

“Kalau kita ada Ketua Pemuda yang macam ini, dia pilih yang mana boleh memenangkan parti sahaja, boleh memenangkan UMNO sahaja, apa maknanya perjuangan ini?” katanya.

Menurut Adly, isu kaum dan agama tidak sepatutnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan kepimpinan atau masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau turut menyentuh isu Tabung Haji dan penggunaan istilah ‘sakau’ dalam perbahasan politik, dengan menegaskan rakyat tidak seharusnya dipandang mudah diperdaya dalam menilai isu berkenaan.

Dalam ceramah sama, Adly membangkitkan isu pengambilan tanah dan menyatakan tiga projek pembangunan dibatalkan ketika PH mentadbir sebelum ini atas pertimbangan kepentingan rakyat.

Katanya, pengambilan tanah perlu mengambil kira keperluan serta kepentingan awam dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Kenyataan Adly itu dibuat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ketika isu berkaitan kepentingan Melayu, Islam dan pengurusan Tabung Haji menjadi antara perkara yang dibangkitkan dalam ceramah politik.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
18 jam lalu· Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
18 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
23 jam lalu · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
October 8, 2026 · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
October 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok