Kementerian Luar nafi dakwaan lindungi taikun minyak Indonesia terpalit kes rasuah

July 30, 2025 · Politik

Tiada keistimewaan atau perlindungan diberikan kerajaan Malaysia kepada taikun minyak Indonesia, Riza Chalid daripada sebarang siasatan atau pendakwaan berkaitan kes rasuah.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin yang berkata isu melibatkan Riza adalah tertakluk dengan proses undang-undang dan Malaysia tidak akan melindungi individu yang berdepan pertuduhan jenayah.

“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa isu melibatkan Riza adalah perkara undang-undang dan kita tidak akan memberi perlindungan kepadanya.

“Biarlah undang-undang berjalan seperti sepatutnya. Itu adalah komitmen Perdana Menteri,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohamad turut menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak memberi sebarang kesan kepada perbincangan antara Malaysia dan Indonesia yang sedang berlangsung berkaitan pertikaian sempadan kawasan Ambalat di Laut Sulawesi.

“Isu yang kononnya menjejaskan rundingan di Laut Sulawesi tidak timbul,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang) yang bertanyakan sama ada isu Riza akan mengganggu rundingan sempadan dengan Indonesia.

Tambah Mohamad, Malaysia tidak akan berkompromi dalam urusan membabitkan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Tiada perlindungan akan diberikan kepada mereka yang bersalah,” tegas beliau lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sewaktu lawatan rasminya di Indonesia, memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan campur tangan dalam kes undang-undang membabitkan Riza, yang dikaitkan dengan rasuah berkaitan import bahan api.

Pada 16 Julai lalu, media Indonesia melaporkan Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Indonesia, Yuldi Yusman menyatakan bahawa Riza dipercayai telah berada di Malaysia sejak 6 Februari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta.

Riza telah dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah yang melibatkan syarikat minyak dan gas milik negara Indonesia, Pertamina.

Berita berkaitan
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
3 jam lalu· Isu semasa
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu· Politik
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
7 jam lalu· Isu semasa
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026 · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok