Kepada mahasiswa bakar gambar Anwar, anda sebenarnya bodoh: Akmal

June 24, 2025 · Politik

Mahasiswa yang bertindak luar batas semasa perhimpunan di Sabah pada Sabtu lalu disifatkan bodoh dan tidak beradab, kata Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO itu membidas tindakan kumpulan mahasiswa tersebut kerana membakar karikatur gambar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mereka sepatutnya menjaga adab dalam berpolitik, bukan dipengaruhi emosi semata-mata.

“Kalau pejuang perlu berani, tetapi bukan bodoh dan kurang ajar. Berani bukan bermakna kita harus hilangkan adab sebagai manusia.

“Kepada adik mahasiswa yang rasa berani kerana berjaya bakar gambar Anwar, anda sebenarnya seorang yang bacul dan bodoh.

“Jika tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, boleh aturkan perjumpaan dengan saya. Tolong maklumkan saya tempat dan masa, Insya-Allah abang akan sampai untuk jumpa adik-adik depan-depan,” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Kata Akmal lagi, mereka yang pernah marah sebelum ini apabila imej pemimpin tidak dihormati sepatutnya turut berasa marah kali ini.

Hantarannya disertakan dengan gambar seorang penunjuk perasaan yang menunjukkan punggungnya di atas imej bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Aksi membakar karikatur Anwar itu berlaku di akhir bantahan pelajar terhadap isu rasuah yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Karikatur Anwar yang dibakar itu turut disertakan kenyataan “Madani Pelindung Rasuah Sabah”.

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Fadhil Kasim berkata kain rentang tersebut melambangkan kritikan pedas terhadap pentadbiran Anwar, yang didakwa mereka sebagai gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

Antara kritikan lain terhadap Anwar adalah berhubung pelantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Pada 2018, Musa dikenakan 46 pertuduhan jenayah berkaitan kontrak konsesi balak di negeri itu.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan apabila pendakwa raya menarik balik kes terhadapnya pada Jun 2020.

Membalas kritikan berkaitan pembakaran karikatur Anwar, Fadhil berkata dia mendapat inspirasi daripada protes mahasiswa yang pernah dipimpin Anwar sendiri, termasuk tindakan membakar buku mengenai rusuhan 13 Mei oleh Tunku Abdul Rahman.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
2 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
2 jam lalu· Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
6 jam lalu· Politik
UMNO tutup kutipan derma Najib, selesai pembayaran di mahkamah pagi ini
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
1 jam lalu · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
1 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
2 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok