Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah

March 12, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan mengawal tekanan kos sara hidup susulan ketidaktentuan ekonomi global serta perkembangan konflik geopolitik di Asia Barat.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, konflik di rantau itu berpotensi menjejaskan kestabilan bekalan tenaga dunia dan aliran perdagangan antarabangsa, sekali gus boleh mencetuskan kejutan harga komoditi yang memberi kesan kepada ekonomi domestik.

Beliau menegaskan cabaran berkenaan perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

“Dalam menghadapi cabaran ini, kita tidak boleh melihatnya sekadar sebagai risiko semata-mata. Sebaliknya, ia membuka ruang kepada Malaysia untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan menstruktur semula ekonomi berasaskan penciptaan nilai,” katanya ketika melancarkan Sistem MyRMK, sistem pemantauan pelaksanaan dasar bagi Rancangan Malaysia Ke-13 di Putrajaya.

Menurutnya, rancangan pembangunan lima tahun itu bukan sekadar dokumen perancangan, sebaliknya instrumen penting bagi memacu reformasi ekonomi, memperkukuh daya tahan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat secara mampan.

Sebagai sebahagian usaha memperkukuh pelaksanaan dasar, kerajaan memperkenalkan sistem MyRMK yang berfungsi sebagai platform pemantauan bersepadu merangkumi maklumat pelaksanaan projek, prestasi kewangan serta pencapaian output merentas kementerian dan agensi.

“Integrasi sistem ini dengan platform lain seperti MyProjek dan MyBelanjawan akan membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dasar secara lebih menyeluruh, telus dan responsif,” katanya.

Akmal Nasrullah menjelaskan pemantauan RMK13 akan dilaksanakan melalui dua pendekatan utama, iaitu pemantauan berasaskan sistem melalui integrasi data masa nyata serta pemantauan lapangan yang melibatkan sesi libat urus, lawatan tapak dan pemeriksaan kemajuan projek.

“Pendekatan ini penting kerana ada projek yang kelihatan lancar di atas kertas tetapi menghadapi kekangan sebenar di lapangan seperti isu penyelarasan, kelewatan atau keperluan masyarakat setempat yang berubah,” katanya.

Mengulas situasi konflik di Asia Barat, beliau berkata perkembangan semasa menunjukkan krisis tersebut belum menunjukkan tanda akan berakhir dalam masa terdekat dan walaupun ia tamat, proses pemulihan ekonomi global mungkin mengambil masa.

“Kita perlu faham bahawa walaupun konflik selesai, keadaan ekonomi dunia tidak serta-merta kembali normal kerana proses pemulihan memerlukan tempoh tertentu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Kementerian Ekonomi sedang memantau rapi beberapa indikator utama seperti kadar inflasi, kestabilan rantaian bekalan dan kos pengangkutan global bagi menilai kesan terhadap ekonomi negara.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan bagi menilai impak konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran terhadap ekonomi Malaysia.

Mesyuarat khas Kabinet dijangka diadakan bagi meneliti dapatan awal dan merangka langkah susulan.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
11 jam lalu· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026 · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
7 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok