Kerajaan komited tegakkan keadilan untuk semua rakyat: PMX

August 20, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan prinsip keadilan ditegakkan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum majoriti mahupun minoriti, sebagai asas menyelamatkan negara.

Dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan setiap pendekatan yang dilaksanakan perlu bersifat adil dengan mengambil kira keperluan semua pihak, justeru kerajaan akan terus mendengar dan meneliti setiap pandangan melalui dialog yang berterusan.

“Jika kita ingin selamatkan negara, kita perlu menjamin keadilan bagi majoriti dan minoriti. Kita tidak mahu ‘tyranny of the majority’, kita juga tidak mahu ‘tyranny of the minority’. Pendekatan kita harus lebih adil,” tegasnya.

Anwar turut mengakui masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan dasar kerajaan, dan beliau berjanji segala kekurangan akan dibaiki dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan kelak.

“Kita sedang mendengar semua pandangan, dan dalam belanjawan nanti kita akan ubah suai dan perbaiki. Tidak semestinya apa yang kita lakukan sekarang semuanya sempurna, ada kelemahan. Sebab itu dialog mesti diteruskan,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Perdana Menteri turut menjelaskan pengagihan peruntukan kerajaan dibuat secara adil kepada semua golongan dengan pendekatan telus tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

“Jika ada yang bertanya mengapa kita beri tumpuan kepada masyarakat India, saya jawab walaupun jumlah mereka kecil, kita tidak boleh membiarkan minoriti terpinggir seperti yang berlaku di sesetengah negara. Kita tidak mahu perkara itu terjadi di Malaysia,” jelasnya.

Beliau juga menyentuh mengenai pelantikan M. Kumar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM sebagai contoh praktikal pendekatan meritokrasi kerajaan.

“Ada pembangkang membangkitkan bagaimana dalam satu agensi PDRM Bahagian Jenayah, 90 peratus anggotanya Melayu, tetapi ketuanya orang India. Bagi saya itu bukan masalah. Siapa yang rasa ada peranan, mampu kendalikan dengan baik, kita tonjolkan,” katanya.

Mengenai Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), Anwar menekankan bahawa program tersebut merupakan inisiatif yang lebih bermakna dan bersasar untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera dalam jangka masa panjang, disamping memastikan penyertaan substantif Bumiputera dalam ekonomi negara.

Ucapan Perdana Menteri ini sekali lagi menekankan pendekatan kerajaan Madani yang menitikberatkan keadilan untuk semua serta pemerintahan inklusif yang tidak meminggirkan mana-mana kelompok dalam masyarakat.

Berita berkaitan
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
19 jam lalu· Isu semasa
Malaysia hargai sokongan Australia mengenai Gaza: PMX
19 jam lalu· Isu semasa
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
April 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
10 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
19 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
19 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
19 jam lalu · Isu semasa
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok