Langkah dasar bekerja dari rumah (BDR) dilaksanakan kerajaan bermula 15 April.
Kerajaan memperkukuh usaha penjimatan bahan bakar dengan mengarahkan semua kementerian dan agensi memperluas pelaksanaan kerja dari rumah serta mengurangkan aktiviti bersemuka.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas perbincangan mengenai keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Menurutnya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menegaskan bukan sahaja kementerian dan jabatan, malah semua agensi di bawahnya perlu memainkan peranan dalam usaha tersebut.
“Semua pihak diingatkan untuk melaksanakan langkah memberi keutamaan bagi memastikan penjimatan bahan bakar, termasuk memperbanyak mesyuarat secara dalam talian, mengurangkan perjalanan ke luar negara dan menggunakan premis kerajaan bagi program,” katanya dalam sidang media mingguan dalam talian hari ini.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian strategi kerajaan menangani kos operasi yang meningkat, khususnya susulan ketidaktentuan harga bahan api global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar turut membentangkan perkembangan dasar kerja dari rumah dalam sektor awam.
Setakat ini, seramai 155,000 penjawat awam telah menyertai program tersebut.
Fahmi menjelaskan pelaksanaan itu telah menunjukkan hasil ketara dalam tempoh singkat.
“Sejak 15 April hingga semalam, dianggarkan penjimatan sebanyak 334,000 liter minyak berjaya dicapai, bersamaan kira-kira RM678,000,” ujarnya.
Beliau menambah, kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan data daripada sektor swasta bagi menilai kesan menyeluruh dasar kerja dari rumah terhadap penjimatan kos bahan bakar di peringkat nasional.
Sejak pandemik Covid-19, amalan kerja fleksibel termasuk kerja dari rumah semakin diterima sebagai norma baharu.
Kini, kerajaan dilihat mahu memperluaskan pendekatan tersebut bukan sahaja atas faktor kesihatan, tetapi juga sebagai langkah ekonomi dan kecekapan pengurusan sumber.
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan