Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur atas kestabilan dan keikhlasan yang ditunjukkan dalam Kerajaan Perpaduan, yang jauh berbeza dengan krisis politik yang sedang melanda pihak pembangkang di Perlis.
Anwar menekankan kerjasama dalam kerajaannya bebas daripada sebarang unsur sabotaj atau khianat yang boleh menggugat kestabilan, tidak seperti yang berlaku dengan PAS dalam blok pembangkang.
“Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj serta khianat seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain (pembangkang),” katanya pada sidang media khas hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada kemelut politik di Perlis, yang tercetus apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaanmenghantar akuan bersumpah menarik sokongan terhadap Menteri Besarnya, menyebabkan Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan.
Krisis tersebut mencetuskan ketegangan dalaman dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN).
PAS telah memecat keahlian tiga ADUN mereka yang terlibat dan mengarahkan semua EXCO parti meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti.
Beberapa pemimpin PAS turut menyindir sekutu mereka dengan ungkapan seperti ‘kawan makan kawan’.
Tidak lama selepas itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, diikuti oleh beberapa pemimpin kanan Bersatu yang lain.
Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali, antara yang meletakkan jawatan dalam gabungan itu.
Anwar Ibrahim tampak mengambil iktibar daripada perkembangan itu, dengan menyatakan bahawa kestabilan pemerintahan adalah keutamaan.
“Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya komitmen yang jujur dan kukuh dalam memastikan kestabilan negara,” tambahnya lagi.
Dengan kepimpinan baharu di Perlis dan pergolakan dalaman pembangkang, fokus kini beralih kepada kemampuan Kerajaan Perpaduan mengekalkan perpaduan dan menumpukan kepada agenda pembangunan rakyat.
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum