Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion

August 17, 2026 · Isu semasa

Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 48 peratus kepada RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2026, berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan itu didorong prestasi kukuh pasaran ekuiti global, sekali gus membuka ruang kepada pengurus dana merealisasikan keuntungan.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM29.77 bilion, meningkat 44 peratus daripada RM20.61 bilion pada suku sama tahun lalu.

Pendapatan ekuiti menjadi penyumbang terbesar dengan peningkatan 52 peratus kepada RM20.94 bilion berbanding RM13.77 bilion pada suku kedua 2025.

“Sentimen pelabur turut bertambah baik apabila kebimbangan terhadap harga tenaga semakin reda serta keyakinan yang kekal kukuh terhadap kitaran super kecerdasan buatan,” menurut KWSP.

Ekuiti menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan pada suku berkenaan, manakala instrumen pendapatan tetap menyumbang RM6.91 bilion atau 23 peratus.

Sekuriti Kerajaan Malaysia pula terus memberikan pulangan stabil dan berfungsi sebagai komponen defensif dalam portfolio KWSP ketika pasaran berdepan ketidaktentuan.

Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.30 bilion, manakala instrumen pasaran wang merekodkan keuntungan RM620 juta.

Jumlah aset pelaburan KWSP pada suku kedua mencecah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus daripadanya dilaburkan di peringkat global.

Pelaburan antarabangsa menghasilkan pendapatan RM19.29 bilion atau 65 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan bagi suku tersebut.

Bagi simpanan ahli, pendapatan pelaburan masing-masing berjumlah RM24.16 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM5.61 bilion bagi Simpanan Shariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata prestasi itu mencerminkan keupayaan KWSP memanfaatkan kekuatan pasaran ekuiti global sambil mengekalkan strategi pelaburan jangka panjang.

“Sama seperti suku pertama, kami terus merealisasikan pendapatan lebih awal pada suku kedua memandangkan risiko pasaran dan geopolitik kekal tinggi,” katanya.

Beliau berkata prestasi pasaran ekuiti yang kukuh pada separuh pertama perlu dilihat dalam konteks jangka panjang kerana keadaan pasaran sama mungkin tidak berulang pada separuh kedua tahun ini.

“Fokus kami kekal untuk menjana pulangan mampan yang disokong oleh portfolio berdaya tahan,” katanya.

KWSP turut menjelaskan sebahagian pendapatan enam bulan itu merangkumi keuntungan dan kerugian belum direalisasikan hasil penilaian mark-to-market sekuriti, terutama susulan turun naik kadar pertukaran asing.

Keuntungan dan kerugian belum direalisasikan itu tidak boleh diagihkan sebagai dividen.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
20 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026 · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
20 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok