Isu RCI Tabung Haji.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) pada masa terdekat supaya orang ramai dapat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.
Anwar berkata, keputusan menerbitkan laporan tersebut akan diteliti bersama Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, termasuk sama ada ia perlu dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada umum.
“Saya akan meneliti dengan Ketua Setiausaha Negara sama ada proses ini harus dirujuk ke Jemaah Menteri terlebih dahulu.
“Kalau tidak perlu, saya akan terbitkan hari ini. Jika perlu, saya tunggu hari Rabu kerana rakyat harus tahu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan forum ‘Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut beliau, kerajaan cenderung untuk mendedahkan laporan berkenaan memandangkan kedudukan Tabung Haji kini semakin kukuh selepas melalui proses pemulihan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, keadaan semasa agensi itu membolehkan rakyat melihat sendiri hasil siasatan yang dijalankan tanpa menjejaskan usaha pemulihan institusi berkenaan.
RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi menyiasat pelbagai isu berkaitan pengurusan TH, termasuk dakwaan penjualan aset strategik yang sebelum ini menjadi polemik politik dan mencetuskan perdebatan mengenai tadbir urus institusi kewangan Islam terbesar negara itu.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pembangkang menggesa kerajaan mendedahkan laporan penuh RCI bagi memastikan ketelusan serta membolehkan sebarang tindakan susulan diambil berdasarkan penemuan suruhanjaya tersebut.
Kenyataan Anwar itu dilihat memberi isyarat kerajaan bersedia membuka laporan berkenaan kepada umum, selaras dengan pendirian untuk memastikan rakyat memperoleh gambaran menyeluruh mengenai isu yang pernah menjadi perhatian ramai.
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS