Khairy kembali sertai UMNO? Laporan dakwa Zahid beri isyarat positif

May 28, 2025 · Politik

UMNO dilaporkan mungkin akan kembali menerima Khairy Jamaluddin sebagai ahli parti selepas pemecatan dua tahun lalu.

Menurut laporan sebuah portal, langkah membawa bekas ketua pemuda UMNO kembali bersama parti tersebut bermula selepas pemergian bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Abdullah bukan sahaja bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi juga merupakan pemimpin yang bertanggung jawab membawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kembali ke elit politik selepas tersingkir dalam era awal reformasi.

Sejak beberapa minggu lepas dikatakan telah ada perbincangan antara pegawai kedua-dua pemimpin tersebut setelah mendapat isyarat positif dari Ahmad Zahid.

Khairy sebelum ini dipecat pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memburukkan Presiden parti.

Dalam kempen PRU-15, Khairy bertanding di Parlimen Sungai Buloh sebuah kerusi yang dianggap sukar namun berjaya mengejutkan ramai apabila memperoleh 48,250 undi dan hanya tewas tipis kepada calon PKR, R. Ramanan, dengan majoriti sekitar 2,700 undi.

Prestasi cemerlang beliau di kawasan tradisi pembangkang itu mengangkat semula namanya sebagai antara tokoh politik muda paling berpengaruh dan relevan, walaupun tanpa jentera parti sepenuhnya di belakangnya.

Menurut sumber permohonan kemasukan semula Khairy dibuat melalui UMNO Bahagian Sungai Buloh

“UMNO perlu tokoh seperti KJ. Beliau sudah buktikan kemampuannya dalam PRU lalu walaupun bukan di kubu kuat kita. Semangatnya untuk lawan tetap ada,” kata seorang pemimpin UMNO tempatan dipetik laporan portal SuaraTV.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat selewat-lewatnya bulan hadapan, selepas rundingan dimuktamadkan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Kembalinya Khairy dijangka memberi kesan besar kepada strategi masa depan UMNO, khususnya dalam menarik kembali sokongan pengundi muda, profesional bandar dan mereka yang kecewa dengan arah tuju politik nasional pasca PRU-15.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
1 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok