Khalid Samad.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad mempersoalkan kewajaran calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Jalaluddin Alias mencabar Menteri Besar sementara, Aminuddin Harun berdebat sekiranya beliau sendiri belum diumumkan sebagai calon Menteri Besar gabungan itu.
Menurut Khalid, cabaran berdebat hanya sesuai dibuat antara individu yang masing-masing menawarkan diri sebagai calon Menteri Besar kepada rakyat Negeri Sembilan.
“Adakah Jalal calon Menteri Besar? Adakah apabila Jalal membuat cabaran ini, ia mengesahkan dia calon Menteri Besar Pakatan Barisan Nasional?
“Kalau dia memang calon Menteri Besar, umum dan isytiharkan secara rasmi terlebih dahulu. Barulah perkara itu boleh dipertimbangkan,” katanya ketika mengulas cabaran debat yang dibuat Jalaluddin terhadap Aminuddin semasa sidang media Pakatan Harapan (PH) di Seremban hari ini.
Beliau berkata, sekiranya Jalal hanya bertanding sebagai calon DUN biasa, tindakan mencabar Aminuddin untuk berdebat dilihat tidak bertepatan.
“Kalau dia salah seorang calon ADUN biasa, saya rasa tidak sesuai untuk dia mencabar Aminuddin.
“Biar Tok Mat (Mohamad Hasan) umum dahulu. Biar Zahid Hamidi (Ahmad Zahid Hamidi) isytihar dahulu Jalal sebagai calon Menteri Besar BN Negeri Sembilan. Kalau itu berlaku, bolehlah kita pertimbangkan,” katanya.
Terdahulu, Jalaluddin dilaporkan mencabar Aminuddin menyertai debat terbuka bagi membolehkan rakyat menilai idea, rekod pentadbiran dan hala tuju kedua-dua pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Setakat ini, BN masih belum mengumumkan calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN.
Sebaliknya, PH sejak awal menamakan Aminuddin sebagai calon Menteri Besar untuk mempertahankan pentadbiran negeri yang diterajuinya sejak 2018.
PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan sengit antara PH dan gabungan BN-Perikatan Nasional (PN), dengan isu kepimpinan dan calon Menteri Besar turut menjadi antara tumpuan utama kempen sepanjang tempoh pilihan raya.
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik