Pengerusi PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa.
Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memberi kejutan besar kepada rakyat, kata Dr Zaliha Mustafa.
Menteri Wilayah Persekutuan itu menjangkakan pengumuman bakal dibuat PMX akan memberi manfaat besar kepada mereka susulan pengumuman luar biasa kerajaan tidak lama lagi.
“Kita tunggu pengumuman daripada PM nanti, saya kira memang ada satu kejutan yang memberi manfaat kepada rakyat. Insya-allah semuanya begitu (manfaat untuk semua rakyat),” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Kepimpinan Perubahan Iklim dan Tenaga Hijau (IKLIM) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane hari ini.
Isnin lalu, Anwar memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik perdana menteri namun tidak dijelaskan secara terperinci dan hanya terdapat tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.
Sementara itu, Dr Zaliha mengalu-alukan penganjuran Projek IKLIM itu sebagai membuktikan pemimpin masa depan dalam isu perubahan iklim perlu dan sedang dibentuk hari ini.
Katanya, biar pun pelajar yang terlibat baru berada di Tingkatan 4 tetapi mereka mempunyai semangat yang setanding pemimpin dunia.
“Ini bukan soal memberi kesedaran semata-mata sebaliknya ini adalah soal mempercayai bahawa anak muda boleh dan mampu memimpin perubahan.
“Pelajar jangan anggap kehadiran ke program ini sebagai satu aktiviti tambahan sekolah. Ini adalah sebenarnya pentas permulaan dan ini juga adalah ruang latihan untuk menjadi suara yang boleh membawa mesej bumi di mana apa sahaja tindakan yang kamu ambil selepas ini boleh membawa kesan yang lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.
“Maka, jangan sia-siakan peluang ini,” katanya.
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum