Krisis Negeri Sembilan: 10 bekas Exco terima arahan pulangkan kenderaan rasmi

September 28, 2026 · Politik

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima arahan untuk memulangkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri, kata bekas Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Asna Amin.

Beliau berkata telah menerima surat arahan tersebut hari ini daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan mematuhi arahan berkenaan.

“Kenderaan rasmi, saya tidak gunakan lagi, tetapi memang tadi ada menerima surat…diminta memulangkan kenderaan, jadi kami kena keluarkan semua barang”, katanya kepada pemberita selepas selesai memberikan keterangan kepada pihak polis Bukit Aman di Menara Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), hari ini.

Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 20 Sept, diwartakan atas perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam pada itu, Mohd Asna berkata beliau dan barisan bekas Exco lain memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam sesi rakaman keterangan, bagi membantu siasatan berhubung kemelut pentadbiran dan institusi diraja di negeri ini.

Beliau berkata sesi rakaman keterangannya berlangsung lebih 30 minit, manakala bekas Exco lain turut menjalani sesi rakaman percakapan secara berasingan, bermula 11 pagi hingga 2 petang tadi.

Selain Mohd Asna, bekas Exco kerajaan negeri lain terdiri daripada Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Mustapha Nagoor, Datuk Zaifulbahri Idris, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Razali Abu Samah dan Mohd Fairuz Mohd Isa.

Sementara itu Mohd Fairuz merupakan bekas Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan berkata beliau memberi keterangan kira-kira dua jam kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail semalam dilaporkan berkata polis memanggil bekas Exco Negeri Sembilan, untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan ekoran kemelut pentadbiran dan institusi diraja itu, susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan.

Selain bekas Exco, pihaknya turut akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan individu lain yang berkaitan, bagi melengkapkan siasatan kes. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan Negeri Sembilan perlu berfungsi seperti biasa: Jalaluddin
September 27, 2026· Politik
Kemelut Negeri Sembilan: Apa dibincang ADUN UMNO negeri dengan Zahid?
September 27, 2026· Politik
PRN Melaka: PAS tak gentar bertanding solo jika gagal rundingan dengan BN
September 27, 2026· Politik
Logo PAS bukan isu, BN masih runding kerjasama PRN Melaka: Zahid
September 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
15 jam lalu · Politik
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
18 jam lalu · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
18 jam lalu · Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
20 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok