Langkah BN Johor bertanding solo PRN bukan bermaksud khianat: Zambry

May 19, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian parti itu untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan walaupun BN Johor mengumumkan hasrat bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Setiausaha Agungnya, Zambry Abd Kadir berkata keputusan BN Johor untuk meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak bermaksud gabungan itu mengkhianati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, persefahaman antara parti-parti dalam kerajaan dibentuk atas tanggungjawab menjaga kestabilan negara selepas negara berdepan ketidaktentuan politik sebelum ini.

“Persefahaman ini dipersetujui sehingga mandat kerajaan berakhir. Jadi tidak timbul soal BN mengkhianati Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menegaskan BN akan terus memainkan peranan memastikan kestabilan kerajaan dan menjaga kebajikan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengesahkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN akan datang.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor berhubung hala tuju parti di negeri berkenaan.

“Pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia membentuk kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu juga mengambil kira pandangan serta harapan rakyat Johor yang mahukan kerajaan negeri yang kukuh dan stabil.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dibentuk pada November 2022 selepas PRU-15 menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Kerjasama itu melibatkan gabungan Pakatan Harapan, BN serta beberapa parti lain bagi memastikan kestabilan politik negara.

Berita berkaitan
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
4 jam lalu· Politik
Asyraf bidas Pua langgar garis merah selepas berbalas kritikan isu Selangor
May 20, 2026· Politik
Fahmi arah siasatan isu wartawan dikasari di Konvensyen PH
May 20, 2026· Politik
Kabinet dimaklum komitmen GPS dan GRS kekal bersama Kerajaan Perpaduan: Fahmi
May 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
4 jam lalu · Politik
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
4 jam lalu · Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
9 jam lalu · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
11 jam lalu · Politik
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok