Langkah naikkan cukai tanah di P. Pinang membebankan rakyat, MCA kritik DAP

September 20, 2025 · Politik

MCA Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri dipimpin DAP menarik balik kadar cukai tanah baharu yang diwartakan berkuat kuasa 1 Januari ini, dengan menyifatkan kenaikan antara 29 peratus hingga 200 peratus itu sebagai “tidak sensitif dan terburu-buru”.

Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng memberi amaran bahawa langkah itu akan membebankan lebih 370,000 pemilik tanah termasuk kategori kediaman, pertanian dan institusi keagamaan.

Beliau menegaskan kenaikan drastik ini tidak selari dengan keadaan ekonomi semasa dan bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk meringankan kos sara hidup.

“Walaupun ketua menteri mendakwa langkah ini tertangguh selama 31 tahun, masa dan skala kenaikan ini jelas sekali tidak selari dengan kesukaran ekonomi yang sedang dihadapi rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ia juga bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk meringankan kos sara hidup,” tambahnya.

Kenaikan yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow itu melibatkan kategori perumahan luar bandar (127.27%), perumahan bandar (29.63%), industri bandar (151.94%) dan industri luar bandar (200.93%).

Teik Cheng turut membangkitkan kebimbangan terhadap kenaikan kos pengeluaran makanan, rantaian bekalan daging tempatan, serta cukai minimum RM50 yang dikenakan ke atas masjid, rumah ibadat bukan Islam dan tanah perkuburan.

“Walaupun kerajaan negeri menawarkan diskaun sementara bagi tempoh 2026 hingga 2028, ia tidak benar-benar menyelesaikan kebimbangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, petani kecil, serta organisasi keagamaan,” tegasnya.

MCA mencadangkan kerajaan negeri membuat kajian semula yang menyeluruh dengan melibatkan komuniti terkesan, memberikan pengecualian yang lebih besar kepada petani kecil dan isi rumah berpendapatan rendah, serta menarik balik kadar RM50 ke atas rumah ibadat dan tanah perkuburan.

“Kerajaan negeri perlu lebih terbuka kepada maklum balas, jika tidak ia berisiko dilabel sebagai pentadbiran yang angkuh dan tidak peka,” ujarnya lagi.

Sebagai respons, kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan mekanisme rebat sebanyak 32.5% pada 2026, 20% (2027) dan 20% (2028) untuk mengurangkan beban kewangan pemilik tanah.

Berita berkaitan
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
20 jam lalu· Politik
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
23 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok