Isu tahanan rumah Najib, DAP bincang pendirian esok

September 18, 2026 · Politik

DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok bagi menentukan pendirian serta tindakan susulan parti susulan keputusan membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata mesyuarat itu akan membincangkan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

“Sehubungan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan esok untuk membincang dan memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke pada masa sama menegaskan pendirian DAP terhadap isu rasuah dan akauntabiliti tidak berubah.

Menurutnya, DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan, selain terus menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Keputusan LPWP itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan.

Loke turut mempertahankan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, ketika menjalankan tanggungjawab sebagai anggota LPWP.

Katanya, pandangan yang disampaikan Yeoh dalam lembaga itu selaras dengan prinsip perjuangan DAP serta dibuat secara jujur dan berterus terang demi kepentingan negara.

Dalam perkembangan sama, Loke mengaitkan isu berkenaan dengan kesan kewangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih ditanggung kerajaan dan rakyat.

“Kesan kewangan penyelewengan masih ditanggung oleh negara dan rakyat sehingga hari ini.

“Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada 13 Sept 2026, keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar oleh kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion,” katanya.

Keputusan mengenai pendirian DAP selepas mesyuarat CEC esok dijangka menjadi perhatian kerana ia menyentuh isu pengampunan diraja, pelaksanaan hukuman terhadap Najib serta prinsip akauntabiliti yang menjadi antara pendirian utama parti itu.

Najib sedang menjalani hukuman penjara berkaitan kes SRC International selepas sabitan dan hukuman terhadapnya dikekalkan melalui proses rayuan di mahkamah. Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan sebelum ini mengurangkan hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
2 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
3 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
3 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
2 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
10 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok