Anwar Ibrahim meraikan Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif di Putrajaya.
Lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, ke Malaysia berjaya membuka satu lembaran baharu dalam hubungan kerjasama strategik antara dua negara.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan kunjungan ini sebagai pemangkin ke arah kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan ia bukan sekadar mengukuhkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin, malah berupaya merangka kerjasama yang lebih mantap.
“Lawatan ini bukan sekadar mengukuhkan persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan,” jelas Anwar dalam satu kenyataan.
Ketibaan Shehbaz Sharif dan rombongan disambut dengan penuh istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Beliau memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, sebagai membalas lawatan Anwar ke Pakistan pada Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Shehbaz Sharif telah diberikan sambutan rasmi di Perdana Putra, pagi tadi, yang termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Seterusnya, kedua-dua pemimpin mengadakan sesi mesyuarat dua hala yang diketuai oleh mereka berdua.
Menurut Anwar, pertemuan tertutup itu berlangsung dalam suasana yang sangat positif.
“Pertemuan tertutup itu berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif,” katanya sambil menekankan komitmen kedua-dua pihak untuk memanfaatkan potensi kerjasama yang sedia ada.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh lagi hubungan bilateral yang telah lama terjalin, sekaligus merangka hala tuju baharu yang lebih bermakna untuk masa depan Malaysia dan Pakistan.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri