Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pengukuhan hubungan dua hala menjadi misi utama dalam lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke tiga negara bermula semalam, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan itu berkata, lawatan kerja Anwar dan delegasi tersebut penting bukan sahaja untuk mengukuhkan hubungan dua hala tetapi juga mempromosi ekonomi negara ke peringkat global, selain menarik pelabur luar untuk masuk ke pasaran tempatan.
“Seperti sedia maklum, Perdana Menteri kini dalam proses visa tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula semalam.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Madani untuk memastikan hubungan antara Malaysia dan negara-negara seperti yang dinamakan tadi, sentiasa menyaksikan pengukuhan hubungan dua hala selain mempromosi kerjasama ekonomi diperingkat global.
“Kita boleh menjangkakan beberapa perbincangan mengenai aspek pelaburan dan kerjasama ekonomi yang lebih erat bakal diumum kelak,” katanya semasa sidang media mingguan hari ini di Putrajaya.
Anwar ketika ini berada di Itali selama tiga hari dan kemudiaan akan meneruskan lawatan ke Perancis dan Brazil.
Siri lawatan perdana menteri ini bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping menggalakkan kerjasama ekonomi di peringkat global.
Lawatan Anwar buat kali pertama ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni.
Di Paris, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Emmanuel Macron, dengan perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu bertumpu kepada aspek perdagangan, teknologi dan pendidikan.
Selain menyertai perbincangan meja bulat dengan gergasi perindustrian Perancis, Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Islam tempatan, bertemu rakyat Malaysia di Perancis, dan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne pada 4 Julai.
Selepas Paris, Anwar akan berada di Rio de Janeiro untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan