Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet semasa rundingan gencatan senjata pada Julai lepas.
Malaysia kini berada di tengah-tengah gelanggang diplomasi serantau apabila Amerika Syarikat memuji secara terbuka peranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam memudah cara proses damai antara Kemboja dan Thailand.
Washington menyifatkan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis sebagai langkah konstruktif pertama dalam melaksanakan gencatan senjata antara dua negara jirannya itu.
Presiden Donald Trump bersama Setiausaha Negara Marco Rubio menggesa Phnom Penh dan Bangkok agar menunaikan sepenuhnya komitmen mereka, demi mencapai keamanan berkekalan di rantau Mekong.
“Kami memuji kepimpinan Anwar Ibrahim dalam memacu proses ini dan menghargai kesediaannya menjadi tuan rumah bersama mesyuarat khas penting pada 28 Julai bersama Amerika Syarikat,” kata Jurucakap Utama, Thomas ‘Tommy’ Pigott semasa sidang media Jabatan Negara AS di Washington.
Penghargaan ini bukan sekadar formaliti diplomatik, ia memberi isyarat bahawa Malaysia sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain neutral yang dipercayai dalam menyelesaikan konflik serantau.
Pengiiktirafan ini sesuatu yang sering dipandang tinggi oleh kuasa besar seperti AS dan rakan sekutunya.
Mesyuarat damai itu dianggap sebagai detik penting dalam usaha menamatkan ketegangan sempadan Kemboja-Thailand yang sudah berlarutan bertahun-tahun dan pernah mencetuskan pertembungan ketenteraan.
Dengan sokongan diplomatik Washington dan kebijaksanaan rundingan Putrajaya, pemerhati antarabangsa melihat peluang untuk keamanan kekal di rantau ini semakin terbuka luas dan ia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai broker damai yang berpengaruh di Asean.
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum