Malaysia masih dalam kedudukan kompetitif dengan tarif baharu AS: Laporan

August 27, 2025 · Isu semasa

Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia masih meletakkan negara dalam kedudukan yang kompetitif secara keseluruhannya, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurut kementerian itu, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan balas dan memilih jalan rundingan secara berhemah telah membuahkan hasil yang pragmatik dan seimbang.

Pada 31 Julai 2025, AS mengumumkan pengenaan tarif timbal balas ke atas semua rakan dagangan termasuk Malaysia pada kadar 19 peratus berkuat kuasa 8 Ogos 2025, pengurangan daripada 25 peratus yang diumumkan pada 7 Julai 2025, kata MITI.

“Walaupun kadar tarif telah diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus, kesannya dijangka masih wujud walaupun pada tahap minimum berbanding sebelumnya,” kata MITI dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Kementerian menjawab soalan Senator Mustafa Musa mengenai impak dan pelarasan industri apabila tarif timbal balas AS dikurangkan kepada 19 peratus bagi barangan eksport ke negara itu selepas 7 Ogos 2025.

Menurut MITI, pengenaan tarif dijangka memberi kesan langsung kepada permintaan terhadap produk Malaysia di pasaran AS kerana peningkatan tarif akan menyebabkan kos import yang lebih tinggi.

“Ini sekali gus membawa kepada kenaikan harga barangan di AS, di samping kemungkinan pengimport AS akan mendesak pengeksport Malaysia untuk menanggung tarif timbal balas itu,” katanya.

Menyedari impak utama kepada eksport Malaysia akibat tarif timbal balas itu, Kerajaan Madani melalui MITI dan agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengambil langkah mitigasi, katanya.

Menurutnya, antara langkah itu adalah melaksanakan jerayawara terhadap sektor industri yang terlibat bagi memberi penerangan berhubung pelaksanaan tarif serta peluang sokongan yang tersedia melalui agensi berkaitan seperti MATRADE.

Selain itu, MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut melaksanakan beberapa strategi dalam usaha menggalakkan pelaburan dalam sektor bernilai tinggi yang boleh menyumbang kepada pembangunan industri, ekosistem dan pengukuhan rantaian bekalan tempatan, katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Janji untung dalam 24 jam, seorang lelaki rugi RM100,000 kena scam
August 18, 2026· Isu semasa
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai
August 14, 2026· Isu semasa
Malaysia terus jadi pilihan pelabur asing, kekal antara destinasi terbaik
August 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok