Marzuki sindir kerjasama ‘UMPAS’, dakwa ada jerat sedang dipasang

August 5, 2026 · Politik

PAS memberi bayangan pendekatan berbeza akan digunakan dalam kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran mengenai hala tuju gabungan itu.

Perkembangan tersebut turut menarik perhatian bekas pegawai kanan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, yang menyifatkan langkah PAS sebagai satu strategi politik yang akhirnya boleh memerangkap BN.

Menerusi hantaran di media sosial, Marzuki menyindir kerjasama itu dengan menggunakan istilah “UMPAS”, merujuk kepada hubungan antara UMNO dan PAS.

“Pasang umpan di Johor. Diragut di Negeri Sembilan. Masuk jerat di Melaka. Buat lauk di PRU ke-16. Selamat maju jaya UMPAS,” tulisnya.

Hantaran itu dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang memaklumkan formula kerjasama BN-PN bagi PRN Melaka mungkin tidak sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut Abdul Hadi, situasi politik di Melaka berbeza kerana BN tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala PN menguasai tiga daripada enam kerusi Parlimen di negeri itu dan baki tiga lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PN, Annuar Musa, turut menegaskan Melaka memerlukan pendekatan tersendiri dan tidak boleh menggunakan formula yang diaplikasikan di Johor atau Negeri Sembilan.

Katanya, kekuatan politik di Melaka berbeza memandangkan PN mempunyai asas sokongan yang lebih kukuh di peringkat Parlimen.

“Cabaran di Melaka ialah bagaimana menyusun persefahaman yang mantap. Ia tidak boleh menggunakan formula Johor atau Negeri Sembilan. Terserahlah kepada kebijaksanaan pemimpin BN dan PN mencari formula menang,” katanya.

Annuar turut mendakwa PAS Melaka mencatat pertumbuhan keahlian yang pesat sejak PRU15 dengan penubuhan banyak cawangan baharu, selain Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) negeri itu kini dipimpin bekas pemimpin DAP Melaka.

Menurutnya, kewujudan ramai bekas pemimpin kanan Bersatu dalam gabungan Wawasan Melaka turut mengukuhkan kedudukan PN di negeri berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengakui BN masih mempunyai kekuatan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), namun berpendapat tahap sokongan terhadap parti itu belum benar-benar diuji selepas kekalahan di semua kerusi Parlimen Melaka pada PRU-15.

Berita berkaitan
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
7 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
9 jam lalu· Politik
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
August 24, 2026· Isu semasa
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
7 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok