Mat Sabu yakin orang Melayu di Johor pilih kerajaan yang beri manfaat, bukan isu DAP

July 9, 2026 · Politik

Pengundi Melayu di Johor kini dilihat semakin matang dan tidak lagi mudah dipengaruhi naratif perkauman yang cuba mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan DAP, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata, keutamaan rakyat ketika ini ialah memilih kerajaan yang mampu mentadbir dengan baik, membawa pembangunan serta memberi manfaat secara langsung kepada kehidupan mereka.

Menurutnya, pengundi khususnya masyarakat Melayu di Johor lebih cenderung melihat keupayaan kerajaan negeri untuk bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

“Orang Melayu di Johor tidak terpengaruh dengan isu yang ditiupkan mengenai DAP dan sebagainya.

“Mereka memilih kerajaan yang akan memberi manfaat kepada mereka, terutama kerajaan negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan. Itu yang saya nampak pilihan mereka sekarang,” katanya ketika berkempen bersama calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad, di Kampung Pulai Mutiara malam ini.

Mohamad berkata, penerimaan positif yang ditunjukkan penduduk sepanjang kempen memberi keyakinan kepada PH untuk kembali menguasai Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Katanya, momentum sokongan terhadap PH juga berada dalam keadaan baik ketika kempen memasuki fasa akhir sebelum hari pengundian Sabtu ini.

“Respons rakyat sangat baik. Mereka mahu melihat kestabilan dan kerajaan yang boleh bekerja, bukan sekadar bermain sentimen atau membangkitkan isu lama,” katanya.

Beliau turut menggesa anak Johor yang bekerja atau menetap di luar negeri dan luar negara supaya pulang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Setiap undi penting. Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan negeri kita. Baliklah mengundi dan pilih kerajaan yang boleh membawa Johor ke hadapan,” katanya.

PRN Johor kali ini menjadi perhatian susulan persaingan sengit antara gabungan utama politik negara, termasuk PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

DUN Kota Iskandar pula antara kerusi tumpuan apabila menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon PH, BN, PN dan Parti Bersama.

Kerusi itu penting kerana terletak di kawasan pentadbiran utama negeri serta menjadi simbol kepada pengaruh politik di Iskandar Puteri, yang pesat membangun dan mempunyai pengundi daripada pelbagai latar belakang.

Berita berkaitan
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Pengampunan Najib bukan keputusan Anwar atau PH: Wanita PKR
September 18, 2026· Politik
PH panggil mesyuarat petang ini, isu kedudukan BN dijangka dibincang: Laporan
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
5 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
6 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
6 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
6 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok