Kematian Zara Qairina didakwa menjadi mangsa buli.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai agar segera menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Arahan ini selaras dengan gesaan terkini Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, MCMC menegaskan bahawa penyebaran gambar, video atau sebarang maklumat yang belum disahkan bukan sahaja menyakitkan hati keluarga mangsa, malah melanggar etika dan mungkin termasuk dalam kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC memberi amaran bahawa individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Suruhanjaya itu turut menyokong gesaan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil supaya semua pihak menghormati proses siasatan berjalan dan mengelak daripada membuat spekulasi yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Mari kita sama-sama menghormati privasi keluarga Allahyarham dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan secara telus dan adil,” menurut kenyataan MCMC.
Peringatan ini dikeluarkan susulan kegiatan segelintir netizen yang masih berkongsi kandungan tidak disahkan berkenaan insiden berkenaan di platform media sosial.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri