MCMC siasat seorang individu muat naik kandungan sentuh lantikan jeneral ATM

July 1, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil seorang lelaki pada 28 Jun lalu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes memuat naik kandungan jelik bersifat perkauman di platform media sosial miliknya.

Siasatan dijalankan itu melibatkan kandungan yang menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

MCMC turut menyita sebuah telefon bimbut dan sekeping kad SIM untuk melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara,

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: MCMC sasar manfaat digital sampai ke luar bandar
5 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
October 11, 2026· Isu semasa
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Agong kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada Raja Jordan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok