Memenuhi jemputan Putin, PMX ke Russia eratkan hubungan

May 13, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim terbang ke Russia dalam rangka lawatan empat hari atas jemputan Presiden negara republik itu, Vladimir Putin.

Jemputan kali ini adalah yang kedua dibuat Putin kepada PMX dan ia dijangka mendapat perhatian memandangkan dunia sedang berdepan perubahan arus geopolitik global.

Lawatan ini dianggap penting untuk meletak kedudukan Malaysia sebagai rakan utama sejajar pembabitan Russia yang semakin meluas dengan dunia Islam.

Anwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow sekitar jam 6 petang waktu tempatan hari ini.

Ketibaan PMX akan disambut oleh Menteri Luar, Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Russia, Cheong Loon Lai; pegawai kanan dan wakil Russia termasuk Timbalan Menteri Russia, Ryabkov Sergey Alexeevich serta Duta Besar Russia ke Malaysia, Nail Latypov.

Malam ini, PMX dijadual mengadakan majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Russia.

Esok, Anwar dijadual menghadiri sesi meja bulat bersama tokoh industri utama Russia di Hotel Metropol yang bersejarah di Moscow, diikuti beberapa pertemuan secara bersemuka.

Anwar turut dijadual bertemu rakan sejawatan, Mikhail Mishustin di bangunan rasmi kerajaan Persekutuan Russia.

Dalam lawatan kali ini, delegasi Malaysia turut dijadual mengadakan pertemuan rasmi dengan Putin di Kremlin, menumpukan agenda seperti perdagangan, pendidikan, teknologi dan perluasan kerjasama dengan dunia Islam.

Sidang media bersama dijangka diadakan selepas perbincangan itu.

Anwar turut dijadual bertemu Mufti Besar Russia, Sheikh Ravil Gaynutdin bagi mengeratkan hubungan Malaysia dengan institusi dan komuniti Islam di negara berkenaan.

Khamis ini, PMX akan menyampaikan syarahan umum di Institut Negeri Moscow untuk Hubungan Antarabangsa, akademi diplomatik utama Russia yang menganugerahkan beliau dengan ijazah kehormat.

Majlis dijangka memperkukuh hubungan pendidikan jangka panjang kedua-dua negara yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di universiti Russia, khususnya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Fasa kedua lawatan akan membawa Anwar ke Kazan, ibu negara Tatarstan yang mana beliau dijadual bertemu ‘rais’ atau ketua republik itu dan melawat Ekspo Halal Russia serta Taman Teknologi Tinggi Kazan.

Anwar juga akan menghadiri Kumpulan Wawasan Strategik: Dialog Dunia Russia-Islam dan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Antarabangsa XVI, Dunia Russia-Islam: KazanForum 2025.

Forum yang dahulunya dikenali sebagai KazanSummit dijenama semula pada 2023 dan kini menjadi antara platform terbesar bagi dialog antara Russia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Nilai perdagangan Malaysia dengan Russia mencecah RM14.22 bilion pada 2023, dengan eksport utama merangkumi komponen galas bebola, jentera elektrik dan produk getah.

Eksport utama Russia ke Malaysia termasuk petroleum ditapis, arang batu dan baja potasium.

Kali terakhir Anwar melawat Russia pada September tahun lalu bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur di Vladivostok, yang mana Anwar bertemu Putin dan menyuarakan sokongan terhadap kerjasama global multipolar.

Sejak itu, Malaysia menjadi negara rakan dalam BRICS iaitu blok ekonomi baharu yang dibentuk oleh Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Lawatan ke Russia dijangka mengukuhkan dasar luar berkecuali Malaysia sambil menggerakkan diplomasi ekonomi lebih luas merentasi Selatan Global, termasuk negara Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania.

Berita berkaitan
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
9 jam lalu· Isu semasa
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
9 jam lalu· Politik
MCMC siasat individu buat dakwaan palsu diesel dihantar ke Filipina
12 jam lalu· Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
April 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok