Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu

October 4, 2026 · Politik

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sedang memperkemas strategi komunikasi bagi menangkis penyebaran maklumat palsu serta naratif negatif terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarah J-Kom, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, lebih 80 program berkaitan komunikasi dan penerangan sedang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat mengenai dasar serta pencapaian kerajaan.

Menurutnya, pendekatan itu penting supaya rakyat dapat menilai maklumat diterima dan membuat pilihan berdasarkan fakta ketika PRN Melaka nanti.

“Untuk PRN Melaka, kita akan cuba sedaya upaya menerangkan mesej yang baik kepada rakyat supaya mereka boleh membuat pilihan yang terbaik.

“Maklumat yang kita sampaikan bukan berunsur fitnah, tetapi fakta yang tepat mengenai kejayaan Malaysia MADANI,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Perai @Batu Kawan di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan program berkenaan turut menjadi platform untuk kerajaan mendekati masyarakat dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada rakyat.

Program PMK Bersama Komuniti Perai @Batu Kawan itu disertai 37 jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan maklumat berkaitan perkhidmatan, bantuan, kemudahan serta pelbagai inisiatif kerajaan di satu lokasi.

Selain pameran dan perkhidmatan agensi, program berkenaan turut menampilkan aktiviti e-sukan, sukan rakyat, senamrobik serta persembahan kebudayaan.

Mengulas lanjut, Mohd Hisyamuddin berkata, PMK bukan program bersifat sekali sahaja, sebaliknya akan diteruskan mengikut keperluan dan maklum balas masyarakat.

Katanya, setiap program turut disertakan tinjauan bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap usaha dan dasar kerajaan.

“Setiap kali program, kita buat tinjauan. Kita mahu lihat maklum balas mereka kepada kerajaan, sama ada positif atau negatif.

“Kalau negatif, kita perlu baiki dan perkemaskan apa yang perlu. Kita juga akan buat susulan melalui program-program seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, pegawai J-Kom di peringkat lapangan turut digalakkan untuk terus turun bertemu rakyat bagi memahami isu sebenar yang dihadapi masyarakat.

Langkah itu dilihat penting menjelang PRN Melaka bagi memastikan ruang maklumat awam tidak didominasi berita palsu, fitnah atau naratif mengelirukan yang boleh mempengaruhi persepsi pengundi.

Berita berkaitan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
8 jam lalu· Isu semasa
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok