Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam

7 jam lalu · Politik

PAS didakwa lebih mengutamakan kuasa dan peluang memenangi kerusi berbanding perjuangan Melayu atau Islam apabila menentukan rakan politik, kata bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad.

Menurut Marzuki, sejarah perjalanan politik parti itu menunjukkan PAS beberapa kali mengubah pendekatan kerjasama mengikut strategi untuk memaksimumkan kemenangan kerusi Parlimen.

“PAS pilih kawan dan lawan bukan kerana ketuanan Melayu atau ketuanan Islam, tetapi kerana kerusi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengimbas Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) pada 1999 apabila PAS memilih bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP menerusi Barisan Alternatif (BA).

Katanya, kerjasama itu memberi pulangan besar kepada PAS apabila berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen, sekali gus menjadi pencapaian terbaik parti itu pada ketika itu.

Marzuki turut membandingkan situasi tersebut dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila PAS memilih bekerjasama dengan Parti Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN).

“PRU-15 pula PAS pilih berkawan dengan Bersatu. Untung PAS menang 43 kerusi Parlimen, terbanyak dalam sejarah setakat ini.

“Pertama kali dalam sejarah juga kerusi PAS lebih banyak daripada kerusi UMNO. UMNO cuma menang 26 kerusi,” katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang didukung UMNO dan ketuanan Islam yang diperjuangkan PAS saling melengkapi dalam kerjasama politik.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, kedua-dua gagasan itu bukan bertembung dari sudut ideologi, sebaliknya boleh digabungkan secara harmoni kerana identiti Melayu dan Islam saling melengkapi.

Mengulas perkembangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), Marzuki berpandangan PAS kini dilihat memilih untuk mendekati UMNO selepas sebelum ini bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional pada 1999 serta Bersatu pada PRU-15.

“Mungkin PAS dah congak berapa kerusi dia boleh menang.

“Harap UMNO tak buat u-turn,” katanya.

Untuk rekod, PAS pernah membentuk kerjasama politik bersama DAP dan Parti Keadilan Nasional menerusi BA selepas PRU 1999 sebelum hubungan itu berakhir.

Parti itu kemudian menyertai gabungan Pakatan Rakyat sebelum menubuhkan Gagasan Sejahtera dan akhirnya menjadi komponen utama PN menjelang PRU-15.

Kini, perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO kembali menjadi perhatian susulan kenyataan beberapa pemimpin kedua-dua parti sejak kebelakangan ini.

Berita berkaitan
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
3 jam lalu· Isu semasa
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
6 jam lalu· Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
6 jam lalu· Politik
Demokrasi tidak patut dibina atas ketakutan, semai perpecahan demi undi
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
3 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
4 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
7 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
7 jam lalu · Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
2 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok